Monday, January 10, 2011

Aiskrim Goreng Buatan Sendiri

Kali ini tuan blog mahu jadi chef. Chef Shah. Ade klasss gitu. haha.. (yark! )
Ok. Itu hari saya ada live blogging pasal percubaan saya membuat aiskrim goreng buatan sendiri.  Itu adalah percubaan pertama saya. Dan hasilnya.. not bad.. boleh buat lagi lepas ni. :D
Semuanya bermula sebab saya ada terima emel (emel forward) berkenaan cara-cara membuat aiskrim goreng paling simple dan senang. Bahan-bahannya memang mudah didapati. Nampak macam senang so saya cuba lah.
Sebelum tu, setahu saya aiskrim goreng mula menerjah kamus hidupku masa saya zaman sekolah menengah dulu. Masa mula-mula mendengar nama aiskrim goreng dari rakan-rakan, saya macam tak percaya. Ye la, mana boleh aiskrim digoreng.
Hinggalah saya mengikuti rombongan Koperasi Sekolah ke terangganu .Bila melihat sendiri cara-cara aiskrim goreng tu digoreng, baru saya percaya .
Rata-rata mengatakan aiskrim hanya di jual di Terengganu sahaja iaitu di medan selera Pantai Batu Burok. Sekarang ini saya percaya, aiskrim goreng sudah tersebar di restoran-restoran beberapa negeri berikutan ada pihak yang memperkenalkan produk ini secara komersial. Salah satu restoran yang ada menjual aiskrim ini dan saya sendiri pernah melihat menu, membeli dan memakannya adalah di Restoran Al-Hijjaz. Jika anda tahu tempat lain pun ada menjualnya, boleh mention kat ruangan komen untuk kekawan lain yang berdekatan anda mencubanya.
Ok. Panjang pulak sejarah tentang aiskrim ni. Biasalah Chef Shah ni ala-ala macam Chef Wan jugak, banyak sangat pot pet pot pet. :D
Resipi Aiskrim Goreng Penyubiru
Bahan-bahan
  1. Roti keping (roti apa-apa pun boleh asalkan halal dan tak expired)
  2. Aiskrim (sukahatilah nak perisa apa)
aiskrim goreng
Masukkan satu scop atau dua scop aiskrim ke atas sekeping roti. Kemudian tutup dengan satu keping roti lain. Alaa..macam sandwich tu. Lepas tu tekan-tekan menjadi bulat seperti dalam gambar. Pastikan 2 keping roti tu bercantum dan aiskrim tersebut berada di dalam. Kemudian potong roti tersebut supaya menjadi bulat atau nampak seperti bulat.
aiskrim goreng
Masukkan dalam plastik kecil. Kalu boleh buatlah lebih sikit kan. Macam aku, aku buat 4 biji sebab kami ada 4 orang yang nak makan.
aiskrim goreng
Dah siap masukkan dalam plastik, lepas tu tunggu apa lagi, cepat-cepat masukkan dalam peti ais atau “freezer”.  Kalu dibiarkan lama-lama nanti cair pulak aiskrim kat dalam roti tu.
Biarkan semalaman (minima).
aiskrim goreng
Dah cukup semalaman, boleh lah try mengorengnya. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. Bila minyak dah betul-betul panas, baru keluarkan aiskrim goreng tersebut dan terus mengorengnya. Berapa lama nak masukkan ais krim goreng dalam kuali panas tu bergantung kepada anda. Kalu anda mahu  betul-betul garing, biarkan lama sendikit. Tapi jangan lama-lama takut hangus pulak nanti. :D
aiskrim goreng
Tadaaa!! Dah siap!. Panas panas lagi. Panas di luar sejuk di dalam. Siap sedia untuk dimakan. :D
Amacam? ada yang terliur tak? haha.. :p  Yummy!!
Jom kita tanya apa kata pakar aiskrim…..
aiskrim goreng
ceh wah…. semuanya suka. Mana taknya dah nama aiskrim. My Future Wife pun suruh buat lagi lepas ni. Boleh no problemo! :D
Ok. Selamat mencuba yer kawan-kawan! :p

No comments:

Post a Comment

What ?